twitter








Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif


Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan. 

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

            Jenis
Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif


Pengertian

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.


Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera.

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.


Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan.

Masa

Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.

Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).


Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal  (melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat).

Formal (ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, kumpulan atau kelas.

Secara kelas atau tingkatan


Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)

Penggunaan rekod profil atau pensijilan.



Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.

·      Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
·      Merancang dan mengubah suai pelajaran atau kurikulum.
·      Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.






0 comments:

Post a Comment